Status ; I HOPE YOU LIKE THIS TEMPLATE. DONT REMOVE CREDITS!
Beautiful Flowers
Cinta itu milik kita.
Friday 6 April 2012 | 05:01 | 0 Rain[s]
                                                    1
          "Asheeq! Kita nak kahwin dengan awak bila dah besar nanti!" Kedengaran lantang suara budak perempuan itu menyatakan angan-angannya ingin mengahwini seorang budak lelaki yang diminatinya. Sofeeya  berlari anak mengejar setiap langkah jejaka idamannya yang jauh di hadapan itu. Tetapi, Asheeq langsung tidak hiraukannya malah tanpa menoleh sedikit pun dia terus berjalan ingin pulang setelah tamat sesi persekolahannya. Anak kecil itu merengek dalam dakapan ayahnya kerana tiada sebarang respon daripada Asheeq. Masakan masih prasekolah sudah fikir pasal keinginan untuk berkahwin? Asheeq menganggap ianya satu gurauan. 
           Pammmmmm!
Hempasan pintu bilik menghentikan lamunan Asheeq yang teringat akan kisah lucu ketika dia masih kecil dulu. Lantas dia beristighfar,
          Astaghfirullahalazim... 
Dia bingkas bangun lalu menuyusun langkah menuju ke kamar mandi seraya mencapai tuala. Merenung ke arah cermin, bingung. Terasa rindu tetapi kepada siapa? Asheeq memutar kepala paip lalu membasuh mukanya beberapa kali. 
          


Bonjour
You've Stuck


Welcome to My blog. I hope you +Follow me. Cick here to exit. Replace this Welcome Note with your's.
italic underline bold Link

Old Post